Tuesday, August 10, 2010

Kenangan di Bulan Ramadhan

Berpuasa di bulan ramadhan adalah bulan yang di nantikan oleh anak-anak zaman dahulu.50 tahun yang lalu.Kanak-kanak bersungguh-sunguh berpuasa kerana motivasinya adalah dapat membeli baju baru,kasut baru dan dapat duit raya untuk membeli mercun yang pada ketika itu mercun tak haram.Paling tidak pun boleh dapat pakaian reject daripada abang atau yang lebih dewasa dari kita. Pabila selesai berbuka tiba pula untuk ke surau untuk tarawih dan yang paling di nantikan berkumpul kawan-kawan untuk bermain dengan permainan yang hanya di cipta pada malam tersbut. Habis tidak ,masing-masing beli sotong kering dari kedai mamak kamal yang harga nya seekor 5 sen untuk di bakar di kayu api dapur surau.Sebelum selesai bersurai dari surau,maka di angkut balik makanan yang ada lebih daripada moreh pada malam tersebut .Kalau jamuan mihun malam tersebut ,maka di tapau nya dalam songkok yang di lapik dengan kertas suratkhabar.dulu-dulu mana ada bekas plastik.Iulah sebabnya gejala pencemaran alam masih terjaga pada ketika itu.kalau dahulu pekedai membungkus makanan dari kedai makan di gunakan upih pinang .sekarang benda ini tidak ada lagi dipandangan kita.Tapi walau apapun jagalah alam sekitar kita. selamat berpuasa....

No comments:

Post a Comment